Tarikan Melaka

Al-Khawarizmi Astronomy Complex

Kompleks Falak Al-Khawarizmi adalah sebuah fasiliti yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk mengkaji dan meneroka perkembangan dan misteri alam semesta. Jabatan Mufti Melaka teleh ditanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri.

Terdapat 3 bangunan utama dalam Kompleks iaitu Balai Celap, Planetarium dan Pusat Latihan. Dengan perkembangan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, masyarakat berpeluang untuk mengkaji astronomi dengan lebih mendalam.

Di samping itu, diharapkan ilmu astronomi ini yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan seperti zaman gemilang dahulu.

GPS Coordinate: N 2.296442, E 102.078615

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

Cheng Ho’s culture museum

Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan daripada kisah tokoh pelayar agung China iaitu Laksamana Cheng Ho (Zheng Ho) yang telah dilahirkan pada 1371 di Hodai, sebuah kampung di Daerah Bao San di Yunnan.

Galeri ini memaparkan kisah pelayaran Cheng Ho ke lautan selatan dan kejayaan beliau memupuk perhubungan persaudaraan di antara China dan Negara-negara Afrika dan Asia serta membuka pintu untuk menjalankan perniagaan yang adil.

Galeri ini terletak di anjung kanan Bangunan Stadthyus (Muzium Sejarah dan Ethnografi) dan berada di antara Muzium Sastera, Muzium Sejarah & Ethnography dan Muzium Pemerintahan Demokrasi.

Bahan – bahan pamerannya adalah bahan Porselin, Replika Kapal, Koleksi buku yang menceritakan riwayat Laksamana Cheng Ho.

GPS Coordinate: 2.19535N, 102.248608E

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

Jonker Walk

Jonker Street terletak di Jalan Hang Jebat yang terkenal dengan barangan antiknya, anda perlu berjalan di Jonker Street, yang terkenal dengan barangan antik.

Anda boleh mencari sesuatu dari masa lampau kepada koleksi kipas dekoratif, kraftangan dan bakul bertingkat Baba. Deretan kedai-kedai antik akan menarik perhatian anda sepanjang hari. Anda akan terpukau dengan pemeliharaan yang cermat keatas barangan zaman silam dan terpegun dengan perjalanan sejarahnya.

GPS Coordinates : N2 11.779 E102 14.818

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

Melaka River Cruise

Sungai merupakan nadi perdagangan utama bagi Melaka di zaman kegemilangannya apabila ia sibuk dengan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia.

Sebahagian bangunan dari era tersebut masih utuh berdiri megah di sepanjang sungai, yang juga merangkumi deretan perkampungan tradisional serta bangunan zaman moden.

Alami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit (dengan bayaran RM8 sahaja) sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.

GPS Coordinate: 2.193133N, 102.247232E

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

We accept these online payment