Tarikan Melaka

Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, Melaka. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Tamin Sari.

Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Anda pastinya teruja melihat keindahan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Pulau Besar dan Selat Melaka. Disamping itu, anda berpeluang melihat kepesatan pembangunan di Negeri Melaka. Pastinya pengalaman anda menaiki Menara Taming Sari akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

GPS Coordinate: 4°51’29.23”N, 100°44’39.44”E

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

Perkampungan Portugis

Perkampungan Portugis juga dikenali sebagai Mini Lisbon. Ia terletak 5km dari Bandar Melaka iaitu di Ujong Pasir, Melaka. Perkampungan ini mempunyai kira-kira 1,500 orang yang terdiri daripada 116 buah keluarga yang berbangsa Portugis dan mula bertapak di Melaka pada tahun 1930.

Perkampungan ini meliputi keluasan 13 ekar dengan 8 ekar daripadanya terdiri daripada penempatan penduduk dan selebihnya telah didirikan sekolah, padang dan taman permainan kanak-kanak. Ia merupakan sebuah perkampungan yang unik mengenai kehidupan masyarakat Portugis pada abad ke-16 dan mereka masih mengamalkan bahasa, budaya, lagu dan tarian Portugis sehingga hari ini.

GPS Coordinate: N 2.184063, E 102.267308

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

ST.John’s Fort

Kubu St. John telah dibina oleh orang Belanda pada 1760 untuk melindungi daripada serangan daripada arah darat. Pada masa itu, orang Melayu yang gelisah sudah mengatur langkah untuk cuba menyerang Melaka. Inilah sebabnya Kubu St. John mempunyai satu ciri yang tersendiri iaitu meriam yang menghadap ke pedalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa meriam yang menghadap ke laut.

Kubu ini yang terletak di atas Bukit Senjuang merupakan tapak gereja kecil yang ditujukan kepada John the Baptist. Pada masa ini, perayaan St. John the Baptist masih diraikan oleh orang Katolik pada 23 Jun dengan penyalaan ribuan lilin di rumah-rumah di bandar ini.

GPS Coordinate: N 2.189343, E 102.264623

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

ST. PAUL’S HILL (A’FAMOSA)

Kota A’Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.

Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos
Malacca Photos

Klik gambar untuk melihat gambar besar

We accept these online payment